Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH TELOK KERANG ALUMNI 2005

Alhamdullilah, website ini dapat juga dikemaskini setelah hampir sebulan tidak dapat dilayari atas sebab masalah talian TM.

SMTK Alumni 2005 yang telah berlangsung pada 5 Nov 2005 tempoh hari nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. Boleh dikatakan 95 % dari mereka yang telah dihubungi dapat hadir di majlis tersebut. Dari maklumbalas yang diterima, masing-masing merasa puas, bukan puas makan, tetapi gembira dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang ada di antaranya lebih 20 tahun tidak bertemu.

Semoga perjumpaan itu berjaya menguatkan tali ikatan silaturrahim antara kita. Saling berhubung, mengetahui perkembangan masing-masing dan mencetuskan peluang-peluang perniagaan kepada mereka-mereka yang berminat untuk berniaga.

Senarai maklumat para peserta yang telah dikompilekan akan dihantar kepada semua. Jadi berhubunglah kita.

Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru-guru yang sudi bersama-sama kita dimajlis tersebut. Ada di antara kita telah pun mula merancang untuk perjumpaan yang akan datang, mungkin 2008 atau 2010, kalau diizinkan oleh Allah untuk kita bertemu. Kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat, sila lah berhubung.

Terima kasih kepada para sponsor dalam semua bentuk, samada cenderahati atau kewangan.

Ok lah. Majlis pun dah tamat, dan web ini akan terus hidup untuk memaparkan berita-berita semasa perkembangan kawan-kawan kita sekelian. Jangan lupa, datanglah berziarah antara satu sama lain .. jangan la tunggu raya baru nak mai ziarah...

Adios to you all my friends and teachers alike, keep typing, keep calling and keep in touch.

Links untuk photo

Gambar - gambar silam

Gambar - gambar majlis aidilfitri & Reunion 2005

  

SMTK2005 Alumni Blog - Coret - Coret petang